alFaisal adalah merupakan nama pena bagi Edry Faizal Bin Eddy Yusof. Dilahirkan di Kuala Lumpur pada 7 Januari 1985 bersamaan 15 Rabi al-Thani 1405 Hijriah. Mendapat pendidikan awal di Tadika Lai Meng, kemudian di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Lai Meng dan seterusnya mendapat pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Confucian. Memperoleh ijazah dalam bidang Multimedia Kreatif, pengkhususan dalam Filem dan Animasi dari Multimedia University. Penulis juga aktif bergerak bersama Islamic Information and Services Foundation dan Islamic Renaissance Front. Gemar berkongsi mesej-mesej Islam dan kemanusiaan melalui medium penulisan, ceramah, diskusi, kajian, seni dan aktiviti kemasyarakatan.
Post a Comment