Friday, April 17, 2009

test

Baru-baru ini terdapat sebuah komentar kepada tulisan saya yang bertajuk Taat Allah tolak Rasul? Satu Penilaian Ringkas (siri 1). Alhamdulillah walaupun sudah hampir dua tahun ditulis, tulisan tersebut masih membuka ruang untuk sebuah perbincangan. Saya rasa lebih molek jika saya turut berkongsi penjelasannya di sini.

Anonymous berkata, “Renungkan apa mesej Allah pada Surah 39 ayat 45 dan juga Surah 40 ayat 12.

yg bermaksud Apabila ALLAH SAHAJA di sebutkan, hati hati org yg tidak percayakan Akhirat merasa kecut dgn kebencian tetapi bila saja nama lain di sebutkan DISAMPINGNYA , mereka meras puas hati.

Ini adalah kerana apabila ALLAH SAHAJA yg diUTARAKAN, kamu mengingkarkan, tetapi apabila yg lainnya disebutkan diSAMPINGNYA, kamu percaya.

Rasanya kalau rujuk ALQURAN saja tak setuju tapi kalau ada hadis disampingnya OK setuju.

Ingat!!! Tiada tuhan disamping Allah dan jgn memuja sesiapa selain DIA.

Allah tidak akan membimbing manusia yg menyimpan terlalu banyak keraguan terutama akan mesej ayat-ayatnya yg JELAS LAGI TERPERINCI dan penuh dgn BUKTI_BUKTI. Sudah mencari BUKTI-BUKTINYA? Mengapa kita hendak melencong?”

Saya amat menghargai setiap pandangan yang diberikan melalui ruang komentar. Kerana InsyaAllah ia dapat memperkayakan lagi pemahaman.

1 comments:

Salam,

Ini adalah puak anti-Hadis yang kafir. Mereka ini adalah ciptaan Yahudi yang bertujuan untuk merosakkan Aqidah umat Islam.

Majlis fatwa kebangsaan telah menghukumkan mereka ini sebagai sesat, tetapi kerajaan kita secara rahsia masih memelihara dan menjaga mereka agar mereka ini terus wujud dan bebas bergerak dengan selamat dan berkemampuan untuk berkembang di kalangan kita.

Kerajaan kita dan golongan para penyesat ini adalah orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya yang diperintahkan Allah untuk dikenakan hukuman bunuh oleh sesebuah kerajaan Islam!

Sekian, terima kasih.


Wan Solehah al-Halbani

Post a Comment

Newer Post Older Post Home