"Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak
adalah benar dan wujud cuma amalan dan
ketakwaan kita sahaja yang akan dapat
membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda
ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu
memperlihat dan menceritakan kepada keluarga
dan s
ahabat secara langsung akan kesukaran
menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah
akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan
memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau
mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi
sakaratulmaut secara sendirian. Beliau
menyediakan dirinya dengan segala persiapan
termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya
sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan
kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya
iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk
menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika
Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan
bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan
kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak
pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-
tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita
umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia
dalam perjalanan menghadap Allah SWT.
Walau bagaimanapun semua tanda-tanda ini akan
berlaku kepada orang-orang Islam sahaja
manakala orang-orang kafir iaitu orang yang
menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus
direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan
kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa
keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada
hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka -
mereka yang dikehendakinya. Walau
bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat
tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak
sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas
waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke
hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan -
akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu
yang baru disembelih dimana jika diperhatikan
dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut
seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan
bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini
akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan
kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau
mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa
memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap
begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang
sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah
peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang
ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan
sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada
ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur
dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah
SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat persediaannya ke
atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut
ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan
merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang
tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah
bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada
mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di
mana orang sakit yang tidak makan secara tiba -
tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian
tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah
kita selepas itu supaya perut kita tidak
mengandungi banyak najis dan ini akan
memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam
kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang
sakit hidungnya akan perlahan -lahan jatuh dan ini
dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian
sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian
hujungnya akan beransur -ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-
lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita
akan merasakan satu denyutan di sebelah
belakang iaitu di kawasan ubun - ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat
dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini
hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah
dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikat maut untuk menjemput kita kembali
kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita
dan sekarang akan mematikan pula.
Sunday, February 26, 2006
ATTACHMENT01
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comments:
Hi alFaisal, I want to introduce you a article site:
http://global-in-arm.com
See u soon, alFaisal
Post a Comment